Isnin, 1 September 2008
Ahad, 31 Ogos 2008
HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA
31 Ogos 2008
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam telah mengadakan upacara menaikkan bendera Malaysia bersempena Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia kali ke-51. Berikut gambar-gambar semasa upacara tersebut...
Kanan: TYT Datuk semasa upacara menaikkan Jalur Gemilang
Kiri: Menaikkan Jalur Gemilang , Kanan: Sdr. Norizan Murshid (wartawan & jounalis)
TYT Datuk (Baju Coklat) memotong kek yang disumbangkan oleh Royal Brunei Cathering.
Kiri: Penasihat Pertahanan Malaysia di Brunei Darussalam dan Capt. Amran
Kanan: Pengurus Restoran Selera Alam(kiri) dan Bekas pemain bass kumpulan wow(kanan)
Jamuan ringan
Pada majlis itu juga seramai 3 orang pelajar rakyat malaysia yang bermastautin di Brunei Darussalam telah dipilih untuk diberikan penganugerahan "Pelajar Cemerlang" dan juga diadakan penyampaian pingat bagi perlawanan bola tampar yang dimenangi oleh Persatuan Warganegara Malaysia, tempat kedua Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Negara Brunei Darussalam dan ketiga Persatuan Kebajikan Melayu seMalaysia di Negara Brunei Darussalam.
Posted by Malik Faisal at 3:28 PTG 0 comments
Sabtu, 30 Ogos 2008
Hujan + Sesak
Beginilah keadaannya kalau dihujung bulan, dengan keadaan 'HUJAN' orang ramai berpusu2 membeli-belah ke gedung2 pasaraya disekitar bandar seri begawan. Kebetulan pula semalam hari sabtu dan mungkin juga mengambil kesempatan untuuk membeli bahan persiapan untuk menyambut kedatangan bulan ramadhan yang sedang hampir. Apa2 pun diucapkan kepada seluruh umat islam "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak" semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah S.W.T
Posted by Malik Faisal at 8:04 PTG 0 comments
Jumaat, 29 Ogos 2008
Selamat datang... سلامت داتغ
Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung blogku. pada masa akan datang blog ini akan memaparkan tentang kerja2 ku seharian.. pegalaman hidupku seharian dan apa sahaja yg boleh dikongsikan kepada para bloggers. Blogku ini juga ada mengunakan bahasa melayu (standard, brunei & sarawak). semoga apa yang dipaparkan akan mendapat menafaat untuk dikongsikan bersama.
kepada sahabat & kawan2 yg ingin berkongsi cerita, amatlah dialu-alukan meng'upload' cerita saudara/ri disini.
ingin meng'add'kan aku menjadi kawan dalam frienster? pergi ke
www.friendster.com/faisalhere atau add emailku kat malik.faisal@inbox.com .
Salams!
Posted by Malik Faisal at 10:07 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)


